Sejuta kata terima kasih

Untuk dia yang pernah aku buang lapan tahun dulu,
Untuk dia yang pernah aku kata benci,
Untuk dia yang aku kata semak, yang aku halau pergi berkali-kali,
Untuk dia yang entah berapa kali mencuba
Untuk dia yang aku langsung tak pernah aku hargai.

selepas apa yang aku lakukan,

Terima kasih kerana sudi pulang,
Terima kasih kerana membahagiakan,
Terima kasih kerana meleyapkan segala perit,
Terima kasih untuk masih terima dengan apa yang dah aku lakukan lapan tahun sudah.
Sejuta kata, terima kasih wahai sayangku.

Untuk kau yang kini menjadi penghuni hati ini
teruskan berada disitu
walaupun seribu tahun pun tetaplah kau disitu
walau teruk macam mana pun, 
walau bisa mana pun
tetap lah kau disitu

kerana aku akan tetap disitu.

Terima kasih tuhan kerana temukan aku dengannya semula.
terima kasih untuk rasa ini.


Semoga rasa sakit beransur hilang berganti kebahagiaan yang dah lama aku tunggu.
Ya, mudah mudahan lah. . .
Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina