Haritu

Haritu macam biasa kita lepak tempat biasa,
Kita bercerita, bergelak ketawa.
Biasalah, ketawa aku yang paling meriuhkan suasana. Ha..ha..
Cumanya haritu kita bukan yang seperti biasa.
Bilangan kita makin hari, makin sedikit
Makin kurang..makin kosong.

Haritu aku sedar sesuatu,
sesuatu yang perlu aku selesaikan sebelum gawat..

mula aku mencari ruang membuka cerita
dengan berhati hati aku khabarkan
dengan berhati hati aku cuba sampaikan
apa yang terzahir dalam naluri seorang aku.

[HAHAHAHAHAHA]
"Apa benda ni yaa? Kau ni tak growing up lah."
"kemon, kita ni dah besar kot, takkan nak macam dulu lagi."

kelu. 
diam.
terpana

untuk mensuarakan lagi aku tidak mampu
lekas, aku pun beransur pulang.
sialan liya, kenapa kau terpacul.

Harini...
segalanya masih lagi segar,
sepertinya baru lagi keluar dari ketuhar
dan, aku ini masih sama.
ah, malunya aku...

harini,
aku juga sedar sesuatu
ya, betul aku tidak growing up
hanya kerana aku masih merindu rakanku,
masih lagi mencari mereka,
masih lagi excited untuk berjumpa
dan masih merindui bila bersama.

namun sia sia
aku dikatakan tidak membesar
aku tidak masih lagi berada dalam alam sekolah
oleh kerana
kawanku, kita sudah mempunyai kehidupan lain
semestinya sudah berjaya
semestinya lebih bahagia....






















mungkin tiada lagi dalam ingatan janji janji kita dulu "what matter happend, we still friend and i will loving you."
harini, aku mulai sedar dan kini aku mangangkat kaki mengundur diri
semoga kita masih dipertemukan, Nanti




Salam Pamitan


Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina