Lepas lapan tahun,
Aku tak sangka kau pulang
Lepas apa yang dah berlaku lapan tahun lepas
Aku syukur kau kini kembali
Maafkan segala apa yang pernah terjadi lapan tahun dulu
Maafkan apa yang pernah terluka
Maafkan apa sahaja sakit yang kau papah
Maafkan segalanya
Terima kasih kerana datang semula
Dalam keadaan yang benar benar aku tak sangka
Berkali kali aku lafaz syukur
Syukur kerana engkau masih sudi kembali
Mari, kita mula segalanya semula