Engkau satu

Aku nampak jelas wajah kecewa ayah lepas ayah baca surat tu.
Ayah raup wajahnya
Senyum ayah mati.
Mulut ayah terkunci.
lidah ayah kelu.
terkedu, terkejut campur jadi satu.
Aku tahu ayah benar benar kecewa.

Kalau aku bisa lakukan agar ayah kembali tersenyum ketawa seperti setiap hari aku melihatnya pastI akan aku ubah setiap satunya.

Aku tahu ayah nak anak anak dia semua naik pentas pakai topi lebar baju besar berjalan tenang semata mata untuk capaI kejayaan.

Aku tahu ayah nak anak anak dia semua berjaya.

Tapi ayah lupa bahawa kejayaan itu bukan sahaja lepas engkau naik pentas gengam segulung kertas dan tersenyum megah.

Ayah,
Aku ini anak perempuan mu.
Aku janji aku akan buat semampu aku sekudrat aku untuk engkau lihat apa yang kau idamkan sejak aku kecik kecik dulu.

Ayah,
Aku nak engkau terus tersenyum bangga.

Ayah,
I will make u proud of me no matter what happend.

Ini janji aku.
Janji seorang anak untuk melihat ayahnya tersenyum bangga.

Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina