Ekspresi wajah tidak menipu

Malam ni siapa yang terpaling kecewa antara semuanya? Aku.
Aku lah yang paling keceiwa tahap rasa nak duduk betapa bawah katil sendiri yang fikir mana silapnya hari hari yabg aku lalui.

Penat.
Sendi badan serasa bagai telah angkat kepingan kepingan batu bagi mengukuhkan bangunan.
Walhal satu hari cuma hanya duduk merenung persekitaran.

Lemah. 
Pucat wajahnya mata bagaikan makin mengecil sepet. Kelihatan hitam bawah mata yang mencerminkan tiap lelah.
Ah betul kata orang, wajah tak pernah menipu.

Perit.
Tiap kali suapan yang serasa pahit biarkan madu menjadi santapan.
Pelik rasanya. 
Langsung tak terkeyangkan perut keroncong ini. 

Wajah itu menunduk lagi. 
Menutup setiap sendu kemudian diselang seli dengan keluhan berat.

Wajah itu tak pernah menipu. Matanya menggambarkan segalanya-setiap satu.
Andai saja dia bisa tutup dia akan cepat-cepat kambus 
TapI segalanya zahir dari ekspresi wajahnya itu. Dia blm pandai untuk menipu selagi dia tak pandai menyembunyi perasaan hampanya tatkala satu hal itu menghantuinya.

(Cerita satu itu masih lagi rapI dalam jagaanya)
Tapi mengapa riak wajah itu sukar untuk dibendung seolah olah tidak mahu berkomplot untuk berselindung.

Ekspresi wajah yang tidak menipu seolah olab mengejek seorang aku yang terlalu cepat mengalah terlalu cepat untuk berundur tanpa berperang.
Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina