Semalam yang pertamanya

Dihadapan aku adalah engkau
duduknya kita bertentangan empat mata, bersembang
dan diselang seli dengan hilai ketawa.
kita tak sedar ada mata yang curi-curi memandang kita.
ah. biarkanlah mereka
kita terus bertukar cerita dan gelak lagi.

Fokus aku secara tiba-tiba terhenti.

Aku tutup mata seketika, tarik nafas sedalam mungkin
kau yang berada dihadapan aku terus dengan aktiviti kita tadi
tapi kenapa aku nampak Dia dihadapan aku
bertukar dengan kau yang betah bercerita

Aku tarik nafas lagi,mengeluh kuat, menrengus
kenapa Dia perlu kacau fokus aku kali ini
aku perlu fokus pada kau yang dihadapan dan bukan Dia
tapi Dia seoalah olah menggantikan kau.
aku nampak Dia seolah-olah hidup dalam diri kau

Minta maaf kata,
percakapan kau, perbuatan, cara dan segala galanya tentang kau,
sama persis Dia yang pernah mencelakakan aku,
yang pernah mengelirukan otak aku
yang pernah porak perandakan hari hari aku
dan yang pernah membunuh hidup aku
ketika dulu

Ah sialan
Dia masih gergasi dalam kampung minda aku, hati aku
puas aku cuba usir tapi masih sama.

Dia--
Berambuslah celaka.



Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina