Warkah buat ayahmak

Menemui AyahMak,

"Semalam aku mimpi emak pergi jauh dari aku,
aku tatap wajah emak dalam mimpi tu. Lama. Kelu lidah."

Aku bangun. Aku pandang dinding kosong.
Aku nangis semahu aku.
Tak terbayang kalau mimpi benar-benar berlaku 
Lekas aku telefon Mak menzahirkan apa yang aku rasa.
Aku nangis lagi. Lagi

Menemui Ayah Mak,
Aku ini zuriatmu yang lahir ke dalam hidup.
Apa sahaja yang aku mahu engkau turuti setiap satunya sampai bila aku makin dewasa aku rasa malu untuk meminta lagi. 
Ayah mak, ketahui lah aku ini zuriatmu, yang akan membuat engkau tersenyum bangga melihat kejayaan yang aku bina sendiri.

Ayah Mak,
Apa yang aku ingin dalam dunia ini hanyalah doa-doa yang ditadah diminta dirayu olehmu untuk aku. Apa yang aku ingin kan dalam dunia ini adalah menjadi apa yang engkau mahu. 
Membanggakan kalian.

Ayah Mak, 
Muka tua kalian adalah penguat semangat aku untuk dapatkan apa yang aku mampu.
Muka tua kalian tak pernah sekalipun pergi jauh hatta seinci cuma dalam minda.

Ayah Mak
Aku ingin kalian senyum lagi.
Dengan melihat setiap satu apa yang aku hasilkan.

Ayah Mak, jaga kesihatan diri aku ingin kalian tetap berada disisi.
Teguh dihati.
Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina