Bayang-bayang

"Kenapa tiap kali orang nak kat kau, kau tolak dia?"
"Dia baik kot, cuba lah dengan dia dulu mana tahu hati berkenan."

[ting][ting][ting]
"Yaa busy tak? Jom jumpa."
"Yaa, malam ni nak jumpa boleh tak?"
"Yaa, dapat jumpa kejap pun jadilah. Kejap je yaa."

Tiap kali itu otak aku bagai ligat berfikir
Aku perah semahu aku
gigih aku berperang dalam minda
untuk mencari alasan paling terbaik menolak setiap ajakan.

"cuba bukak sikit hati tu, jangan nak keras sangat."
"orang macam mana lagi kau nak? cuba bersyukur sikit."
"kau pun bukan lawa sgt nak tggu anak orang kaya masuk minang."

& ini lah tiap kali ketika bersembang soal jodoh
soal cinta
soal perkahwinan
soal masa depan
yang kadang kala bikin aku jadi semak 
dan lebih kepada menyampah.

mintak maaf,
jenis aku akan sentiasa mendahulukan family dalam semua perkara
tdk membelakangkan kawan kawan yg sentiasa ada
hanya kerana mereka tulang belakang aku yang mungkin saja mati aku tnpa mereka

 bukan aku tak cuba 
mungkin kerana aku pernah gagal
pernah ranap hancur sehancurnya
dengan jalan yang aku pilih

biarlah mereka berkata 
(semoga Allah memberi nikmat cinta aku ini kepada orang yang betul)

& sekiranya nanti aku menyesal dan kecewa dengan keputusan yang aku dah pilih percayalah itu semuanya sebahagian drpd liku untuk aku.
sekian. . .

Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina