"Wey gangster, kau ni dalah jalan macam tak cukup tanah,
bawak motor macam tak cukup jalan."
Sentap aku sentap. Ini bukan lagi gurauan tapi penghinaan berbaur amaran.
Tengok sikit tang mana cam gangster sangat tu? Nampak macam perempuan lemah lembut lagi manis sopan ketika pertuturannya. Cis, dusta.
Lima bulan aku disana, Tesco yang kunun kunun berjaya tui tui tu.
Macam macam aku belajar, dari Zero kepada full tank tangki minyak skuter aku tu.
Dari mental koyak sampai lah mental aku kukuh hadap segala karenah manusia yang kadang kala bangsat.
Aku dah dua tiga kali save post ni dalam draft sebab aku dah malas nak update idea hilang entah ke mana. Mampus lah. Ni semua kelembapan si Fuad upload gambar menurusi fesbuk. Kalau tidak pastinya idea yang sedia ada mencurah curah dan kini segalanya telah terbenam dan keluar bersama najis. Hahaha
Aku dah dua tiga kali save post ni dalam draft sebab aku dah malas nak update idea hilang entah ke mana. Mampus lah. Ni semua kelembapan si Fuad upload gambar menurusi fesbuk. Kalau tidak pastinya idea yang sedia ada mencurah curah dan kini segalanya telah terbenam dan keluar bersama najis. Hahaha
Kau jangan ingat kerja ini mudah. Scan barang kemudiannya sumbat semua dalam plastik.
Kau jangan ingat kerja ini rilek, berdiri tegak kalah tiang tanggal kasut bagai sedang buat terapi.
Kau tak pernah tahu hari hari aku terpaksa kawal mental aku lapan jam dikaunter, bagi memastikan mulut ini tidak melawan tiap kali menggalas segala kemarahan para pelanggan.
Kau tak pernah tahu sakit hati bila kesalahan orang lain semuanya dilemparkan dikaunter.
Dan kau tak pernah tahu bangsatnya bila manager stric nak mampus sampai tak boleh tengok kau rilek letak bontot jap kat kusi. Hahaha
"Well, ini semua gara gara manusia yang fikir mereka punya hak
melontarkan apa jua isi hati tanpa fikir panjang.
Sesuka hati nak lepaskan kemarahan pada manusia yang tak salah.
Ini semua kerana apa? Kerana mereka fikir mereka punya hak. Entah besar mana hak pun aku tak tahu.
Cuba guna hak berfikir sebelum bersuara. Aku pasti ianya mudah."
I realize the more I get know people, the more I dislike them.
Banyak yang duka lagi Bahagia. -Kak Iqa.
And this my Tesco mate lahv.
Buat mereka yang disana aku doakan agar mereka terus tabah.
Scan rate pastikan capai target dan jimatkan plastik itu jgn lupa.
Buat lepasan Spm semoga terus maju kedepan dan jangan toleh sedikit walaupun kebelakang.
Buat Kak Iqa, Kak Pah jua Fuad kau akan aku rindu.
Akan aku cerita segalanya kepada anakku kelak. Ngeh
Last day being Tesco Staff and they suprised me. Horray but too sad. I gonna miss them
Muahahahahmmmmmmmmm................
Aku rasa entry ini sangat boring dan aku mula tidak punya idea yang penuh walaupun tadi aku beriye iye nak update sekarang aku dah lupa. Okbai.