Dalam setahun ada 12bulan, 52minggu, 365hari 8,760 jam dan 525,600 minit. Hidup memerlukan nyawa yang kental terhasil pacuan semangat kehidupan sehari hari.
Ini aku bagitahu ilmu kamahiran hidup, sila ambil nota bukan ambil kesempatan. Eh?
Terasa seronok benar tatkala melontarkan buah perasaan keras menerusi penulisan. Terasa bagai bunga bunga cinta layu di pusara Misya Omar. Hahaha
Sebelum itu, sila lap sedikit skrin atau monitor anda yang berdebu serta memakai kanta lekap agar mudah pembacaan anda serta mudahnya mencari ke-typo-an saya disini. Amaran keras agar tidak menggunakan kain buruk peng-lap meja ketika meng-lap monitor anda. Kekeke
Kekaburan dan keburukan webcam usah disangsikan. Hahaha
Dan setiap hari pabila celik saja mata ini dari tidur, mimpi nan indah aku terpaksa akur untuk ke Tesco. Dan pabila pulang semula ke rumah tidur dan bangun semula pergi ke Tesco. Jujur, aku tak pernah bangga menjadi warga Tesco walaupun sering diberi vaucher kerana gaji yang sikit nak beli tin sardin pun tersekat sekat apatah lagi makanan kucing si Beby. Hahaha
The point is, itukah kemerdekaan yang aku cari selepas tamatnya alam persekolahan? Itukah namanya kebebasan? Dan itukah kegembiraan yang digempar gempurkan oleh si senior sewaktu aku bersekolah? Tapi yang pasti, bukan Itukah dia kekasih yang dulu berjanji - Axl's. Sila jawab para graduan lepasan Spm?
Namun, jika aku tidak ke Tesco mencari wang untuk berbelanja manakah dtgnya duit untuk ber-enjoy. Adakah ianya turun dari langit? Pastinya tidak. Jika tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya, jika tidak bekerja manakah datang duitnya? Hahahaha
'I had no choice'
Aku tiada pilihan. Tiada.
Kan aku dah cakap, pakai kanta lekap baru nampak.
Sila tekan untuk gambar besar dan besar..
Gentle gua terharu gila dengan pengakuan mu ini Shapikah. Nampak sangat sering menungguku pulang dari kerja untuk bersama melepak selamanya. Hehehe. Entah bila agaknya kita dapat jumpa 7orang, lepak saing saing gelak tanpa henti, ngumpat sesuka hati. Ops... Satu yang perlu kau tahu, aku masih perlukan mereka walaupun alam persekolahan sudah dimamah usia. Eceh..
Dan ini Mama. Bukan mak mahupun Ibu. Dia hanya ibu sedare yang tinggal bersama Nenek dikkampung. Nampaknya beliau semakin lincah membebel walaupun menerusi Fesbuk sana. itu belum masuk yang dikampung. Habis semua beliau bicarakan bermula dari handfone sebesar kuman sehinggalah kawan kawan difesbuk sebesar alam ini. Dan beliau juga merupakan seorang mengintip mahupun si-stalker hebat diFesbuk. Dan mungkin kerana itu, aku semakin tidak aktif dalam dunia fesbuk-an.
Dan akhir sekali, yang ini Dunia baru. Yang itu rakan setugas. Dan yang tudung manik manik si Manager. Dan aku bahagia disini. Dikaunter, beserta resit resit pembelian dan customer yang ada kalanya makahai sentiasa menemaniku disini. Nyata, alam bekerja lagi hebat berbanding sekolah. Fitnah berluluasa sering saja terdengar dicorong corong percakapan org sehinggakan tidak masuk akal sama sekali. Dan ini baru permulaan aku kenal bermacam macam jenis org disini.
Dan setiap airmata yang jatuh dari pipi ke bumi aku perlukan
kata semangat yang teguh disisi.
Love ; AlyaJenal.