Ketawa bersama, menangis bersama.
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama. Shall we?
Hai, mengapa lah disaat ingin meng-update blog, otak keringat tidak berfungsi untuk mengeluarkan idea yang bernas lagi disukai ramai walhal ketika aku sedang melayari kehidupan sehari hari, secara tiba tiba je idea datang menerpa. Tapi bila ingin dikeluarkan, ternyata sudah Lupa. Kosong, Zero!
Namun, demi kasih kita, akan ku cuba sedaya mungkin mengeluarkan idea dikotak minda ini.
Sekarang sudah bulan 7, Ya tujuh. Bukak mata besar besar. Sikit sahaja lagi aku akan mendarat diatas garisan penamat. Can't wait fer this time. Hilang lah segala sengsara, hilanglah segala duka dan terlerainya semua perkataan tentang Budak Sekolah. Alhamdulilah, pembelajaran sekarang semakin ok. Syukur kepada Tuhan pencipta bumi.
Special Wish For,
09July2011
Dan sebenarnya kita akan belajar cara cara untuk memasak cake
istimewa yang sesuai dalam pelbagai event atau yang lebih tepat lagi untuk si Birthday Boy/girl sempena kelahirannnya.
Jadi, wahai pembaca sekali, sila amek nota atas entry ini.
Bahan yang diperlukan ;
Mentega , Telur , Pewarna.
Cara cara ;
1. Pukul mentega sehingga sebati.
2. Letakkan telur sebanyak mungkin adunan tersebut supaya rasa lebih sedap.
3. Tambahkan sedikit air.
4. Letakkan sebotal pewarna agar lebih menarik dan letakkan kedalam peti sejuk.
6. Ulang step 1-5
Taraaaaa. Dan ini hasilnyaaaaa.
Nampak sedap bukan? Jadi, boleh lah mencuba semasa bulan
Ramadhan ini. Cake ini tersangat lah mudah dan jimat kerana tidak menggunakan tepung semasa
procedure untuk membuat cake ini.
Sesudah itu, tunjukkan kepada si birthday Boy/Girl anda.
Buat muka secomel mungkin bagi dia terharu dengan surprise yang diciptakan oleh anda.
Anda juga boleh meletakkan beberapa batang lilin untuk nampak lebih menarik
Kemudian, tepekkan dimuka Si penyambut hari kelahirannya sebagai
satu hadia atau semboliknya cinta kamu kepadanya.
Mesti di terharu sangat. Tak gitu Adjewan?
Kiri ; Adjewan Mustafa.
Dan sesungguhnya cake seindah sakura itulah yang menjadi santapan
Hari Kelahiran Ulang tahun yang ke Tujuh belas yang disambut meriah
di Tanam Permainan Taman Tuanku Jaafar.
Selamat UlangTahun Kelahiran yang entah ke berapa kali aku ucapkan
Adjewan. Get best result of Spm. Sesungguh aku teramat lah cemburu kerana kau berjaya menghilangkan
Jerawat dan noda dimuka kamu. Lepas nih boleh bagi Tips
10July2012
Selamat Ulang Tahun kelahiran yang ke 18 untuk si Kakak yang tercinta.
Semoga dirimu berbahagia sentiasa disamping adikmu yang anggun jelita ini.
Ternyata Nany sudah menyambut Birthday nya 2 hari awal dari hari yang sepatutnya dia berbuat demikian bersama rakan yang tidak jemu jemu membuat onar dalam kehidupannya. Dan Kakna pula, tanpa lelah membakar cake sempena birthday beliau, tapi tidak dapat aku upload kan kerana gambar tersebut tidak aku jumpa diLaptop ini.
Nany Akak yang baik, Nany akak yang kuat bercakap dan membebel
Nany si akak yang kurang sikit ketinggannya dari adiknya yang anggun ini. Nany Akak yang pandai dalam pelajarannya, Jadi tolong doakan dia dapat tempat
belajar dengan apa yang sepatutnya dia dapat.
17July2012
Celebrating birthday for Cikgu Mafia.
Nampak gayanya Cikgu, Cikgu haruslah menambah sedikit keputusan markah Trial untuk Prinsip Perakaunan nanti. Hihi
Seronok jadi Mafia, birthday sehari tapi sambutan habat 3hari 3malam. Kah kah kah
Cikgu, Selamat hari Lahir. Semoga Cikgu murah rejeki dan
dipanjangkan umur. Diharapkan juga, semoga cikgu mempunyai mental yang kental sekental yang boleh
sepanjang mengajar anak didik yang penuh onar ini. Kah kah kah
Hadiah Birthday untuk Cikgu Tersayanggg. Ahaks
We Love You.
Happy Birthday juaa buat Aiman Semartisszzz.
18july2012
Dan ini model cap apa pulak?
Happy Birthday buat Syakirah Supra yang kini berada jauh
diperantauan orang Teknik Tuanku Jaafar. Diharap beliau berada dalam keadaan sihat disamping Warden asrama bak singa dan kawan yang penyanyang. Pulang lah ke kampung halaman mu
Kerana kami disini amat perindui mu dengan sepenuh jiwa dan raga.
LotofLove- Alya gegurl. Gewli kan? Haha
Dan ini, Birthday Girl to be. Keh keh
Jadi, para hadirin yang dihormati sekalian, sila sumbangkan seberapa
banyak Sistem pesanan ringkas diphone yang pakai berfungsi semula dan Sila meng-wish tanpa henti jika kita terserempak di kedai topup mahupun bazar Ramadhan. Jasamu akan aku kenang. Sekiannnn......
Hope, this Ramdhan give thousand Nikmat and be better than before...
Dan bila puasa nih, teringat semua benda zaman Asrama dulu.
Sedang apa dan dimana, acik dewan makan yang sering ketuk pintu
dorm tanpa lelah untuk kejut bangun sahur. Namun tetap tk diendahkan.
Sedang apa dan dimana, Mus yang sering membebel ketika mengejutkan aku
bangun sahur, namun tidak jua aku kesah.
Sedang apa dan dimana, Cikgu Khalid yang sering aku pau beli
pelbagai jenis makanan di bazar kerana aku tidak dpt kesana.
Sedang apa dan dimana, Ekin Nora Nini Suzan kawan ponteng puasa? Gua rinduuu.
Kadang kala, aku jadi benci. Ya benci dengan kenangan lalu yang asyik memporak perandakan hidup aku untuk mengingati beliau. Aku tidak pinta, namun semua ini datang mengetuk pintu hidup aku dan aku sering terpaku. Aku benci......
Allah, give me your guidiance.