Aku yang kau panggil sayang.

Suatu hari kau akan rindukan aku macam mana aku rindukan kau.
Suatu hari kau akan nangis untuk aku  sebagaimana aku menangis untuk kau.
Suatu hari kau akan sayang aku namun  ketika itu aku sudah tiada untukmu.

Haikh, malam nih lain benar untuk aku.
Dengan kepanasan yang tahap maksima ini. Bila agaknya hujan akan turun?
Mengapa sedih sangat ketika ini.
Tahan Alya tahan. Kurang anggun jika kau menitiskan airmata.
Mana nak letak muka yang anggun ini? Malu sumpah malu.
Kau kan jiwa Ella, tak remaja ah sedih sedih cenggini.



Fadh, dah berapa lama kita kawan?
Yaa, kita memang kenal since sekolah rendah. Tapi kita mula kawan pun since kita form 3.
Gaduh baik, gaduh baik itu perkara biasa untuk kita.
Ya, untuk kita yang masih meniti alam nih untuk terus maju kehadapan.

Ini entry sekali kali khas buat engkau.
Yalah engkau yang dok kecoh kecoh asyik aku update blog pasal dia je.
Okay, nanti print blog aku nih pastuh buat frame besar besar letak dalam bilik.
Nanti bila dah kahwin tunjuk kat anak cucu, pastuh kenang sehingga habis hayatmu. Hihi

Fadh, kadang kala bila kesepian ini aku mula berfikir.
Sampai mana tali persahabatan yang terbina ini kukuh atas ikatannya?
Sampai mana kenangan yang kita cipta ini dapat kita kenang selamanya?
Sampai mana kita tetap berkawan walaupun mempunyai haluan hidup masing masing?
Cehhh. Aku harap kan ia until Jannah. Fadh.

Kita pernah gaduh. Teruk ya teruk.
Kalah laki bini, kalah bersih ketika menyerang KL. Kalah juga si Gangster sekolah gaduh dengan girlprengnya.
Masing masing nak menang. Ego naik setinggi yang boleh.
Nak salah kan satu sama lain, nak jatuhkan satu sama lain.
Namun tak terfikir ew, tak guna berkawan kalau duapuluhpat jam nak bergaduh.
Namun, kan aku sudah bilang banyak kali. Itu perkara biasa.
Aku harap engkau tidak mengambil hati even sedikit pun dengan perangai yang annoying ini.

Ini muka bahagia k.

Cikgu cakap, kita semua kawan macam lupa jantina.
Cikgu cakap lagi, kita semua kawan macam adik beradik.

Bila cikgu masuk kelas kita semua complain pasal perangai kita.
Kita suka bising, kita degil, kita tak dengar cakap, kita suka gelak kuat kuat, kita suka buat sepah.
Yang onar itu kita, yang huru hara itu pun kita. Tapi yang cool itu aku. Haha
Persoalan aku sekarang ; Agak agak bila kita nak sedar dengan peperiksaan yang mendatang ini?

Kita tak perlu takut dengan benda yang kita benar benar tak mahu jadi.
Kerana benda tersebut lah akan datang menduga kita kelak.
Jadi, tak perlu engkau takut dengan perpisahan dan dugaan yang mendatang.
Benda yang datang harus pergi jua akhirnya.
Namun tidak ketika aku masih dalam belum besedia untuk menghadapinya.


Tak semua yang pernah bagi kita derita dipanggil sial.
Mereka lah yang mengajar kita untuk terus teguh berdiri.
Mereka yang mengajar untuk kita terus maju kehadapan.

Kau pandai buat aku ketewa bila aku berduka.
Itu namanya kawan.

Aku harap kita semua berjaya dengan cemerlang dalam Spm ini.
Aku harap kita mencipta keajaiban.
Aku harap cikgu bangga dengan kita even kita tak pernah jadi yang terbaik.

Aku harap kau mahupun yang lain lupa dengan kenangan yang tercipta ini.


Kita kawan. Friends don't hide things from each other kan?
Kita kawan. Engkau tak pernah berkira walau sedikit pun.
Kita kawan. Kau tak pernah lupa walau sekejap pun. Tapi adalah kadang kala kau lupa.
Kita kawan. Jadi aku harap kita tak lupa kita even kita ada yang lebih hebih dalam hati. Hihi

'What matter happends, we still friend,
And i'll loving you.' 

Gentle aku ingat sampai aku dah kahwin besok. Haha

Sekali kita kawan, selamanya kita kawan.

Kau tahu kan aku benci bila hidup macam nih? Ah, sampai bila aku nak move on kalau asyik fikir benda ini tiap tiap masa? 
Boleh tak besok sejurus sahaja bangun dari tidur, aku dah lupa segalanya tentang dia?


Aku benci jadi perindu macam nih.
Aku benci hidup dalam kenangan lalu.
Aku benci bila tak dapat lupa semua yang dulu.
Boleh berikan aku kehidupan yang baru. Penuh dengan kegembiraan?

Okay fadh. Aku dah buat sehabis daya. Namun, aku tahu itu tidak mencuit sedikit pun hatimu yang keras persis batu bata itu. Haha
Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina