Sakit hati berbaur sedih bersulam duka.

Okay, firstly aku janji k aku janji. Ini Entry pasrah aku yang terakhir. Aku janji. Kalau kau nampak aku buat entry berdukacita macam nih lagi sila lempang muka aku tanpa belas kasihan. Aku mohon k.


Aku tahu kau boring baca entry macam mati laki cenggini, aku dua kali menyampah bila update macam nih. Nampak je macam ganas, tapi luluh jugak jantung kau bila jadi macam nih. Pui


'Seminggu je Allah bagi aku rasa bahagia
macam dulu, namun aku akur.
Terima Kasih Allah.'

Kelmarin,
Bagai teringat ingat aku bila kau mintak tolong aku untuk sama sama settle kan masalah ini. Aku akur

Kelmarin,
Teringat bila kau ajak aku keluar bersama engkau pada cuti selepas exam, namun itu hanya tinggal angan angan.


Kelmarin,
Teringat bila kau kata nak seperti yang dulu kembali semula. Beri balik apa yang bagi dulu. Kota semua janji. Aku percaya yang kau dah berubah, namun rupanya engkau berdusta. Ah, dusta.


Malam ini tak seperti malam kelmarin.


Aku rasa macam mimpi bila kau datang balik menyapa hidup aku, memberi semangat dalam hidup namun kau pergi jua. Ya, pergi jauh.


Aku tak pernah minta kau datang balik dalam hidup aku. Aku tak pernah mintak kau faham hati aku macam mana kau pernah buat dulu. Jujur aku akui, aku ikhlas bila kau pergi.


Aku tak reti nak psaiko orang kat fesbuk. Buat status sedih sedih bagi semua tahu aku tengah kehilangan cukup bagi aku kawan yang sentiasa berada disebelah, didepan mahupun dibelakang.


Aku tak bodoh nak rampas yang bukan hak aku. Aku cuma dah biasa bila hak aku orang rampas. Seminggu nih aku cuba buat yang terbaik untuk kita. Aku tepikan semua ego aku, aku jaga kau baik. Tapi kau tak nampak semua tuh. Pandangan kau dah tertutup dengan ego yang menebal di dada.


'Dulu bila kau bersamanya konon konon
berkasih, tak pernah sekejap pun 
aku datang merosakkanya, 
Tapi kenapa harus kau hadir bila aku bersamanya'.

Orang keliling aku, semua suruh aku pertahankan apa yang aku dah ada sekarang. Tak mengalah lepas apa yang jadi. Jujur aku bahagia, namun aku tak nampak apa yang harus aku pertahankan. Maaf

Pergi jangan kembali.

Tiada peluang untuk kita perbaiki hubungan ini untuk kali kedua dan seterusnya. 

Kalau aku tahu ini akhirnya aku dan dia, tak kan aku pernah dekati dia lagi.


Bila kau dah melangkah pergi meninggalkan aku, jangan pernah kau berniat untuk menoleh kebelakang semula kerna aku sudah pergi jauh dari hidupmu.

Aku harap Allah bagi aku kebahagiaan lebih dari apa yang kau ada sekarang. Doakan aku kuat untuk harinih besok dan seterusnya.


Sakit, ya memang sakit. Namun aku akur

Sorry Cikgu. Kertas Ekonomi tak jawab apa pun.
Gentle tak faham, gentle otak kosong tktahu nak jawab.
Mybe next time.

Goodbye suckers.
Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina