Pesanan untuk rakan dari harian metro, Hihi

Sahabat,
aku dan kamu
Kini ditakdirkan bertemu
Biarpun sebelum ini tidak mengenali budi dan pekerti
Namun,
Kerana anugerah pertemuan ini
Kita bisa saling memahami, mendalami dan mendampingi
KINI
Ikatan suci ini sama kita sirami
Sama kita hayati
Demi menuju RedhaMu ini,
Biarpun kadang kadang,
ada waktunya kita berduka
ada waktunya kita tertawa
Dan inilah juaa
Pahit manis yang kita lalui bersama
Semakin kita menempuh kedewasaan ini
Semakin UTUH ikatan ini terpatri
KATA ORANG,
Berhati hati memilih KAWAN
Kerana mungkin sahabat terdekat
Adalah musuh yang paling KETAT
Mungkin  juga sahabat yang dibenci
Memang benar wahai Sahabatku
Manusia itu bukan sempurna
Tidak bisa memiliki segalanya
Biarpun kita terima seadanya
Walaupun siapa juga mendampingi kita
Sahabat
Dalam meniti perjuangan ini
yang buruk kita jauhi
Yang baik kita jadi INSPIRASi
Kerana dilahirkan insan itu
Untuk saling melengkapi
Kiranya diri ini
Pernah mengguris hati suci
Maaf aku pinta dari ini
Bukan maksud aku tidak menghargaimu
Kerana aku juga insan sepertimu
Yang sering dihambat bisikan nafsu
dan godaan sang penghasut
Yang tidak putus putus
UNTUK MENGHANCURKAN MAHLIGAI PERSAHABAT INI
Tapi aku percaya
ikatan ini tidak akan terputus
Kiranya kita saling percaya
Kerna itulah resmi cinta kasih dan setia
Sahabat,
Janganlah kau lupa
Pesan para pendeta juga orang tua
kerana mereka ini lebih dewasa
Erti persahabatan di dunia
Sahabat,
JIKA SUATU HARI NANTI,
AKU SUDAH TIADA
ZIARAHI LAH PUSARAKU
Biarpun kita tidak bisa bersua
Memori tercipta kita abadikan selamanya.


Cuba kau mendalami maksud maksud ayat semua ituuuu, sedih waa cakap lu! Hihi, Mirul dengan Danial kawan waa yang ala ala gentleman badan ketak ketak pun meleleh jee hingus dengar baca benda nih! Hihi
betul cakap waa, u alls baca laahhh! Hahaha.

Tengok laah benda nih,
sampai meleleh hingus pun tkpeh.
 
Pesanan penaja ; Sahabat yang baik adalah sahabat yang menjaga aib sahabatnya.
Renung renungkan dan fikirkan dan selamat beramal. Okayybai.
Copyright@Hak cipta terpelihara alya hannina