Okayy, harinih sub topic kita membincangkan Sudah jatuh ditimpa tangga.
Sebelum itu, topic ini tkde kene mengena dengan karangan bahasa melayu anda semua.
Jadi, sebelum kite bermula topic ini, anda dikehendaki mengangkat angkat ke udara, dan berkata Malaysia boleh. Hihi
|
|
|
|
|
|
|
Okay harinih, bagi aku adalah hari yang paling membangsat kan. Seperti yang korang sedia maklum topic harinih adalah Sudah jatuh ditimpa tangga, mempunyai kena mengena dengan nasib aku harini, barangkali. Hihi. Betul aku cakap harinih memang macam bengsot,
- Pagi tadi aku bangun sahur, lepas sahur aku dah tak fikir ape ape, street tidur balik jee, padahal baju krs dengan tudung sekolah aku tk ber-iron lagi. Nevermind, aku fikir aku akan bangun seawal enam setengah nanti untuk buat semua tuh.
- Seperti yang aku jangka aku terlajak tidur, janji untuk bangun seawal enam setengah telah hanyut begitu saja, walaupun hanya terlepas sepuluh minit sahaja, tapi masih tidak sempat untuk menyiapkan segalanya. Aku bangun tidur, street pergi cari tudung yang aku fikir dalam almari baju, tapi entah kat mana letaknya, hampir lima minit jugak lah aku mencari, dan akhirnya jumpa diselit baju bergantung kat dalam almari.
- Lepas aku iron tudung yang satu itu, bergegas aku ke kamar mandi ku, #ayat aku semakin dramatis. Hihi, Okayy, lepas mandi jee sembahyang semua, aku tengok entah ke mana pulak baju aku krs aku pergi, hampir satu rumah aku cari, namu tak berhasil. Alyn sudah menanti kat luar rumah, ah lantak semua itu. Dan akhirnyaaa, aku pakai baju sukan sebab aku fikir tak salah agaknya pakai baju sukan, habis baju ape lagi yang nak aku capai?
- Sampai sekolah jee, aku pun menyanyi nyayi kecil, Hahha, aku ingat boleh laah aku riang kejap. Tetibe lak pengetua tengah cakap kat perhimpunan sane, Dea suruh sape tak pakai uniform kena keluar duduk hadapan perhimpunan, Whoaaaaa, time aku tk pakai laah dea nak panggil, selama nih tak pulak, dengki dengan akuuuuuuuu.
- Kena denda duduk kat perhimpunan dua masa, habis jugak masa Ekonomi akuuu. Tapi macam seronok jugak sebab aku pun malas nak belajar, Hihi. #Kesian dengan Akak form5, kena buat trial kat perhimpunan, Hihi. Mula mula macam seronok duduk kat perhimpunan, sekali, matahari pulak nak naik ke udaraaaa, panas wehhhhhh.
- Lepas dua masa duduk kat perhimpunan, Yesssssss, boleh masuk kelas. Bila masuk kelas jee, budak budak nih memekak tanya itu ini, pastuh aku pulak yang kena marah dengan cikgu, 'Alya, bila awak masuk kelas, semua kawan awak dah tak nak buat kerja, tadi elok jee masing masing tekun', Sentap habis woooooo. Salah aku jugak ke?
- Baru duduk sepuluh minit dalam kelas, cikgu sivik pula masuk. Seperti biasa aku terlupa nak bawak buku teks, sebab sebelum nih cikgu tak pernah masuk pun. Dannn sekali lagi, aku kena denda berdiri. Hihi, nasib baik tak lame. Hahhahhaha.
Hidup tak selalu memihak kepada kita.
kadang kala kita tertindas juaa.
Hidup macam roda.
Kenapa aku rasa ayat nih memerli aku. kfine!
Dan pengakhiran cerita nih, bila aku balik sekolah jee, aku bukak almari aku nampak baju krs aku terjatuh dari hanger tuh. Aku rasa macam nak bakar baju pun ade, tunjuk aku protes, Hihi. Sakit hati waaaa. Hahha.
Tensen kepala waaa. Hihi
Baru laah rareee,
Raree kepala hotak awak, hihi.
Ohyaa, lupa nak buat anousment.
Abang abang, kakak kakak, adik adik yang berada di rumah kediaman anda mahupun dimana sahaja anda berada, dengar lah kataku ini.
Aku, Alya kim seperti nama fesbuk durjana beliau tetapi bukan nama sebenar ingin memaklumkan bahawa saya telah menutup akaun fesbuk durjana saya. tolong jangan tanya kenapa. Hihi
Dan, jangan risau, saya akan mula beroperasi kembali selepas saya pulih dari penyakit hati ini. Hhihi.
Tunggu yaa? Tolong tunggu, Hahaha.
p/s ; Khamis, please be awesome.